ASPEK LOKALITI
Lokaliti
berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu “locality” atau kata dasarnya “local”.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lokaliti bermaksud kawasan kecil dalam
sebuah bandar atau kampong. Maka, lokaliti ini boleh dipecahkan kepada bandar
dan luar bandar. Jurang pencapaian pelajar dalam Matematik ini berlaku dari
aspek lokaliti berdasarkan faktor penempatan iaitu bandar dan luar bandar.
Bandar ialah suatu unit politik dan suatu petempatan, merupakan satu gabungan
antara tempat dengan penghuninya serta fungsinya. Manakala luar bandar pula
ialah kawasan selain daripada kawasan bandar yang meliputi semua jenis kampung
dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan
kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi.
2.2 Faktor Berlakunya Jurang
Lokaliti
Faktor utama kepada jurang Bandar
dan luar Bandar ialah kekurangan kemudahan dalam sekolah iaitu infrastruktur. Sekolah
kurang murid (SKM) yang terletak di luar Bandar dan pedalaman khususnya
menghadapi kekurangan kemudahan asas dan sumber pendidikan. Terdapat banyak
kajian menunjukkan jurang yang wujud dalam pencapaian luar Bandar dan Bandar dipengaruhi
oleh faktor-faktor kemudahan asas, buku-buku rujukan, sumber manusia dan juga
persekitaran.
Infrastruktur atau kemudahan sekolah
merupakan sesuatu yang sangat penting dalam menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar agar dapat memupuk pemikiran kreatif dan kritis. Ini
kerana infrastruktur berperanan sebagai pemudahcara kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan Matematik, kemudahan infrastruktur adalah
sangat penting misalnya pusat sumber, bahan-bahan rujukan, bilik Matematik,
makmal komputer dan alat bantu mengajar berkaitan subjek Matematik. Justeru itu,
pembelajaran tanpa bahan bantu mengajar yang mencukupi menghalang guru memberi
pendidikan yang bermutu kepada murid. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam pelajaran
tidak mungkin akan berlaku dan seterusnya mewujudkan jurang pencapaian.
Namun
begitu, masalah infrastruktur yang diutarakan bukanlah bermaksud tiada
infrastruktur langsung di sekolah-sekolah luar bandar. Kebanyakan sekolah luar
Bandar telah disediakan infrastruktur seperti makmal komputer oleh kementerian.
Kemudahan di luar Bandar walau bagaimanapun sangat kurang terutama dalam
bahagian sumber manusia, peralatan dan bahan serta buku rujukan. Bilangan
komputer yang terhad dan kekurangan kepakaran untuk mengendalikan komputer
mendorong kepada kerosakan komputer itu sendiri. Hal ini menyebabkan komputer
yang disediakan tidak dapat berfungsi lagi. Bagi murid-murid luar bandar,
kemudahan komputer ini membantu murid-murid ini untuk mencari atau menambahkan
lagi pengetahuan terutama dalam bidang Matematik memandangkan mereka mempunyai
akses yang sangat terhad di luar bandar.
Selain
itu, kemudahan bahan-bahan rujukan di pusat sumber sekolah luar bandar seperti
SKM adalah sangat terhad. Ini menyebabkan murid-murid tidak dapat mencari
sumber rujukan lain selain daripada guru. Bahan bantu mengajar untuk guru
seperti glob, bentuk-bentuk 3D yang berkaitan dengan Matematik juga dikatakan
kurang terdapat di sekolah-sekolah luar bandar. Hal ini kerana bahan-bahan BBM
dalam bilik Matematik yang tidak lengkap menyukarkan guru-guru Matematik untuk
meningkatkan pemahaman konsep pelajar terhadap subjek Matematik.
Peratusan
guru yang mengajar di luar bidang pada masa kini amat membimbangkan. Sebagai
contoh, guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang Sains tetapi mengajar mata
pelajaran Matematik kerana kekurangan guru Matematik di sekolah tersebut.
Perkara ini menyebabkan guru yang baru ditempatkan untuk mengajar hilang rasa
keterujaan untuk mengajar kerana terpaksa mengajar mata pelajaran yang di luar
bidang ilmunya. Satu masalah yang akan wujud kesan daripada pengurusan sistem
sekolah begini ialah guru tesebut akan mengajar pelajarnya dengan sambil lewa
kerana tidak berminat dengan mata pelajaran tersebut. Masalah kekurangan guru
ini sering berlaku di sekolah-sekolah luar bandar.
Bilangan
murid dalam sesebuah kelas juga memainkan peranan kepada jurang peningkatan
pencapaian pendidikan Matematik. Sekolah kurang murid (SKM) ialah sekolah yang biasanya
terletak di pedalaman atau kawasan-kawasan terpencil. Biasanya, sekolah-sekolah
diluar Bandar terletak jauh antara satu sama lain. Sekolah luar Bandar terletak
berdekatan dengan beberapa kawasan penempatan dan tiada sekolah lain terutama
sekolah menengah yang terdapat dalam kawasan tersebut. Ini menyebabkan murid-murid
hanya tertumpu kepada sekolah itu sahaja. Hal ini akan menyebabkan bilangan murid
dalam satu kelas sehinggakan nilai maksimum iaitu 40 orang untuk satu kelas.
Bilangan
murid yang terlalu ramai ini menambahkan lagi beban guru yang sedia ada dan
menyukarkan guru-guru khususnya untuk membantu serta memastikan setiap daripada
murid dalam kelas memahami konsep yang diajar setiap kali proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Jurang pencapaian akan wujud sekiranya tumpuan guru tidak
dapat diberikan seratus peratus terhadap murid.
2.3
Usaha Menangani Jurang Lokaliti
Berdasarkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan,
penekanan diberikan kepada usaha untuk menangani jurang pencapaian murid Bandar
dan luar Bandar. Antara usaha-usaha tersebut ialah:
Program
Transformasi Daerah (DTP)
Program ini yang dirintis di Sabah dan
Kedah, bertujuan untuk meningkatkan prestasi
sekolah di samping merapatkan
jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar
bandar.Sekolah yang berprestasi rendah telah
dibantu oleh SIPartner+ dan SISC+,
manakala sekolah-sekolah dalam Band 3 hingga
5 diusahakan untuk mencapai prestasi
yang lebih baik.
Meningkatkan kualiti infrastruktur di sekolah-sekolah
KPM telah berjaya membaiki 1,693 buah
sekolah yang daif pada tahun 2013. Namun
begitu, masih banyak lagi sekolah yang
berkeadaan daif untuk ditingkatkan kualiti
infrastruktur khususnya di negeri
Sabah dan Sarawak
Meningkatkan
kualiti guru
Guru menjadi tumpuan utama dan
berperanan menjadi pemimpin dalam bilik darjah.
Pelbagai bentuk sokongan,
bimbingan dan latihan disediakan bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran
pengajaran untuk mengatasi jurang pencapaian.
No comments:
Post a Comment